TIMBALAN Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof (empat kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas.
TIMBALAN Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof (empat kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas.
Oleh Norul Awatif Romli


Padang Terap: Polis menahan dua lelaki tempatan berketurunan Siam masing-masing berusia 30-an dipercayai terbabit dalam kejadian melepaskan tembakan di kedai makan dekat sini, selain merampas selaras senapang jenis pump gun dan sejumlah peluru hidup, kira-kira 9 malam kelmarin

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, serbuan dijalankan hasil aduan daripada seorang wanita yang juga pemilik kedai makan dipercayai teman wanita kepada seorang daripada suspek.

"Suspek pertama ditahan di stesen minyak sekitar Padang Terap kira-kira 3.30 pagi dan merampas sebutir peluru hidup bersama dua pasang gari.

"Susulan penahanan itu polis menjalankan serbuan di rumah di Padang Terap kira-kira 5.30 pagi dan menahan seorang lelaki selain merampas selaras senapang pump gun bersama beberapa jenis peluru hidup," katanya pada sidang media di Bilik Media, di sini, pagi tadi.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti lebih berat) dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 11:46 AM