GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norasikin Daineh


EMPAT penjenayah rentas sempadan disyaki cuba melakukan jenayah culik di perairan FELDA Sahabat di Lahad Datu, mati ditembak oleh pasukan keselamatan, awal pagi tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, satu senjata api turut ditemui selepas berlaku insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, satu sidang media akan dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, 11 pagi ini.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 10:11 AM