KESAN sampingan akibat mendapatkan rawatan menggunakan mesin tiruan seperti melecur, melepuh dan terbakar.
KESAN sampingan akibat mendapatkan rawatan menggunakan mesin tiruan seperti melecur, melepuh dan terbakar.
KESAN sampingan akibat mendapatkan rawatan menggunakan mesin tiruan seperti melecur, melepuh dan terbakar.
KESAN sampingan akibat mendapatkan rawatan menggunakan mesin tiruan seperti melecur, melepuh dan terbakar.
DR Lim (kiri) dan Pengarah Klinik Clique Josh Chua (kanan) menunjukkan mesin CoolSculpting yang digunakan dalam rawatan menyingkir lemak.
DR Lim (kiri) dan Pengarah Klinik Clique Josh Chua (kanan) menunjukkan mesin CoolSculpting yang digunakan dalam rawatan menyingkir lemak.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Seakan-akan menjadi kemestian baik lelaki mahupun wanita untuk memiliki bentuk tubuh ramping, bukan saja untuk kelihatan menawan secara fizikal, namun juga untuk meningkatkan keyakinan diri dalam lingkungan sosial masing-masing.

Justeru, ramai yang menghabiskan banyak masa dan wang dalam usaha mendapatkan tubuh badan yang ideal. Secara purata, seseorang boleh menghabiskan antara RM10,000 hingga RM20,000 untuk mendapatkan makanan tambahan, rejim diet, program detoks, pusat pelangsingan badan dan jurulatih peribadi.

Regim senaman dan makan secara sihat sememangnya permulaan yang bagus, namun tiada jumlah senaman atau diet boleh membantu menghapuskan masalah lemak berlebihan atau menyingkirkan lemak degil di kawasan tertentu.

Malah jurulatih kecergasan terbaik akan memberitahu anda tidak boleh mencapai pengurangan yang disasarkan dengan sebarang jenis senaman atau diet.

CoolSculpting oleh Zeltiq antara cara paling berkesan dan selamat setakat ini untuk menangani masalah ini. Bukan saja boleh membantu rawatan yang menyasarkan kawasan lemak sukar disingkir, ia juga alternatif yang paling selamat untuk kaedah sedutan lemak (liposuction).

Perunding Klinik Clique Dr Lim Ting Song berkata, salah satu salah faham biasa mengenai prosedur CoolSculpting adalah ia satu penyelesaian berat badan dan hanya sesuai untuk individu yang berlebihan berat badan, namun itu tidak benar.

Sebaliknya, katanya, matlamat rawatan adalah untuk mewujudkan kontur langsing dengan membuang lemak degil berlebihan di bahagian badan tertentu.

Bahagian tubuh berlemak yang boleh diatasi dengan CoolSculpting antaranya punggung, tonjolan perut, lengan bahagian bawah, paha dan pinggul termasuk bahagian tubuh yang menjadi tempat bersarang lemak degil.

“Individu mempunyai berat badan normal boleh mempunyai kawasan menggeleber yang tidak mampu dihilangkan walaupun dengan senaman dan diet sihat. Satu sesi CoolSculpting dapat mengurangkan lemak di sekitar kawasan rawatan kira-kira 30 peratus.

“Ini mungkin kedengaran seperti banyak, tetapi ia sebenarnya hanya diterjemahkan kepada kira-kira sekitar setengah kilogram kehilangan lemak,” katanya.

Katanya, kejayaan rawatan CoolSculpting bergantung kepada teknik, penempatan dan reka bentuk badan yang mencukupi sebelum rawatan. Ia sebenarnya seni tersendiri yang memerlukan pengalaman luas dan pendekatan profesional.

Oleh itu, penting untuk mendapatkan rawatan di pusat dengan pakar berpengalaman dan lebih baik bertemu dengan doktor bagi memahami sepenuhnya pelan rawatan, pengalaman rawatan serta keputusan yang dijangkakan sebelum memulakan rawatan dengan mengambil kira jangkaan realistik pesakit.

Dr Lim dan pasukannya di Klinik Clique turut membangunkan pendekatan pelbagai disiplin menggabungkan diet, senaman, teknologi perubatan dan kesenian untuk membentuk tubuh badan ideal tanpa perlu menjalani pembedahan dan tidak memerlukan waktu penyembuhan.

Rawatan ini dengan teliti menyasarkan dan menghapuskan sel lemak yang tidak diingini di kawasan rawatan tanpa merosakkan tisu berhampiran.

Sel lemak yang membeku ini akan mengkristal dan tubuh akan menghilangkannya secara semula jadi, sama seperti menghancurkan sel yang sudah mati dari dalam. Sel lemak yang tersisa atau tertinggal akan mengecil di dalam kawasan berkenaan menghasilkan kesan seperti sedut lemak tanpa cara invasif (melukai).

Tubuh tidak akan membentuk sel lemak baru, sekali gus ia menghilangkan sel lemak. Oleh itu, kesan CoolSculpting kekal, tidak memerlukan terapi ulangan atau memperbaikinya.

Penerapan alat aplikator iaitu nozel di bahagian lemak tertentu dan disejukkan pula hingga empat darjah Celsius selama satu jam.

Proses aplikasi nozel inilah yang menimbulkan rasa sedikit sakit dan tidak selesa seperti dicubit. Ini kerana nozel secara automatik menyedut gumpalan lemak hingga tiada lagi udara yang masuk. Namun selepas 10 minit berlangsung, kawasan yang dirawat akan kehilangan rasa.

Kemudian piring pembekuan khusus yang ada di dalam nozel akan mengalirkan tenaga dingin untuk membekukan sel lemak tanpa merosakkan lapisan kulit. Selama proses berlangsung, pesakit boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Selepas proses ini selesai, dilakukan pula urutan lembut untuk memberikan rasa relaks pada kawasan terbabit dan mempercepatkan proses pelepasan sel lemak. Seiring dengan metabolisme tubuh, proses pelepasan lemak pun akan berlaku hingga tiga bulan ke hadapan.

Sel lemak yang sudah mati secara merata tidak akan membentuk di kawasan yang sama. Prosedur ini juga tidak memiliki masa pemulihan yang berpanjangan, justeru pesakit boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Bagaimanapun, Dr Lim berkata, prosedur ini disaran tidak dilakukan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah, wanita hamil dan ibu menyusu.

CoolSculpting lebih memberikan keuntungan secara kosmetik, bukan sebagai penyelesaian untuk menurunkan berat badan kerana sasarannya adalah menyingkirkan lemak degil di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, Dr Lim berkata, kemunculan mesin tiruan CoolSculpting turut membimbangkan kerana ramai mangsa yang mengalami kesan sampingan yang buruk seperti terbakar, lepuh dan parut akibat mahu mendapatkan rawatan lebih murah.

Katanya, ia direka dengan jaminan prosedur yang selamat dan berkesan malah CoolSculpting hasil daripada pembangunan teknologi dan ujian klinikal yang ketara.

“Kakitangan di klinik ini pula menjalani latihan meluas untuk memastikan keselamatan pesakit sebelum, semasa dan selepas prosedur mereka,’ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 12:06 PM