PERLUMBAAN rakit air bersama media.
PERLUMBAAN rakit air bersama media.
AKTIVITI senaman diketuai Nana.
AKTIVITI senaman diketuai Nana.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Selulit dan tanda regangan pada tubuh mengakibatkan permukaan kulit menjadi tidak sekata. Selulit terjadi akibat pengumpulan lemak di bawah kulit sehingga menimbulkan gumpalan kecil yang kelihatan seperti kulit oren.

Permukaan kulit yang bergelombang seperti kulit oren boleh terjadi bukan hanya pada mereka yang berbadan gemuk malah individu berbadan normal atau kurus turut mengalaminya.

Oleh itu, Clarins, pakar kecantikan tubuh berbekalkan 22 tahun kajian saintifik dalam pelangsingan badan yang sebelum ini memperkenalkan Body Lift Cellulite Control, kini mengetengahkan Body Fit - ‘pendamping’ ideal ke arah pelangsingan tubuh.

Penulis berkesempatan mengikuti pelancaran Body Fit Clarins di Lexis Hibiscus, Port Dickson baru-baru ini untuk menguji sendiri produk terbaru jenama itu di samping aktiviti kecergasan bersama wakil media untuk memaksimumkan kesan penggunaannya.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk senaman bersama jurulatih kecergasan, Nana Al-Haleq, pembinaan rakit air dan perlumbaan berpasukan.

Menurut Pengarah Latihan Clarins Asia Pasifik, Sarah Liew, kajian Clarins bagi penemuan baru - tiga adiposit, iaitu sel khusus untuk penyimpanan lemak yang dijumpai di jaringan tisu yang menyebabkan pengembangan tisu lemak dan kulit.

Katanya, formula baru Body Fit merangkumi ekstrak tumbuhan iaitu daun quince yang berupaya ‘melatih’ adiposit untuk kembali kepada paras normal.

“Produk unik ini memberikan kesan pelangsingan mempesona dan memberi bayangan bentuk tubuh menawan dengan bertindak mengurangkan selulit dan membantu mengelakkan selulit daripada kelihatan pada bahagian tubuh yang lain.

“Ia turut membantu mengembalikan bentuk tubuh menarik dengan cara ‘mengangkat’ iaitu menganjal, melicin dan menjadikan kulit lebih berseri,” katanya.

PENEMUAN SAINTIFIK BARU

Menurut Sarah, bukan hanya satu tapi tiga adiposit bertanggungjawab menyebabkan pengembangan tisu lemak dan kulit.

1. Adiposit menyimpan lemak - sel ini menukarkan praadiposit kepada adiposit yang menyimpan lemak, berupaya menyimpan lipid sebanyaknya dan kemudian bercambah. Ini akan menyebabkan selulit.

2. Adiposit membakar lemak - sel ini akan sentiasa membakar lipid untuk memberikan tenaga diperlukan oleh tubuh. Untuk menyeimbangkan aktiviti ini, jumlah kalori yang diambil akan sama dengan jumlah kalori yang dibakar, adiposit membakar lemak tidak akan menyimpan lipid dalam tempoh lama tetapi akan melepaskannya secepat mungkin.

3. Adiposit pengeluar fiber - sel mengeluarkan fiber kolagen yang digunakan dalam struktur tisu adipose. Dalam keadaan normal, adiposit yang mengeluarkan fiber agak susah untuk muncul dan memainkan peranan positif dengan mengeluarkan jumlah fiber yang minimum untuk kegunaan struktur tisu adipose.

Katanya, apabila tubuh menerima jumlah kalori terlalu banyak (berbanding tenaga diperlukan), adiposit akan memberikan beberapa kesan buruk.

1. Adiposit menyimpan lemak - jumlah lemak yang tersimpan akan bercambah.

2. Adiposit membakar lemak - mengurangkan aktiviti membakar lemak. Ia akan berkumpul dan menyebabkan tisu adipose menjadi tebal.

3. Adiposit mengeluarkan fiber - meningkatkan pengeluaran fiber pada sekeliling adiposit. Pengumpulan kolagen fiber yang berlebihan dalam tisu adipose (fibrosis) akan menyebabkan kulit menjadi kasar. Lemak akan terperangkap dan sukar disingkirkan.

Penemuan tumbuhan iaitu ekstrak daun quince muncul sebagai ‘pembimbing peribadi’ luar biasa bagi sel yang menjadi sasarannya.

Krim gel baru Body Fit memiliki tekstur merah jambu yang menyerap dengan pantas dan tidak membuatkan kulit menjadi kering.

Ia memberikan kesan kulit yang licin, sekata dan lembab. Selepas bersenam, keselesaan teksturnya dapat dinikmati.

Sarah berkata, produk itu digunakan dengan kaedah urutan sendiri pembentukan badan, menggabungkan tekanan pada tangan dan otot. Ini bermakna, kaedah ini membantu ‘memerangkap’ tisu adipose dan merangsang peredarannya untuk menyingkirkan lemak.

“Tubuh, termasuk kaki akan berasa lebih ringan, perasaan ‘berat’ akan hilang. Bentuk tubuh yang cantik dapat dikembalikan manakala kebaikannya akan dapat dirasai serta-merta.

RUTIN PENJAGAAN

Exfoliating Body Scrub membuang kotoran dan permukaan kulit mati. Jika perlu, gunakan Contour Body Treatment Oil bagi mengurangkan perasaan ‘berat’ pada kaki dan buku lali.

Selepas itu, Body Shaping Cream digunakan bagi mengurangkan lemak degil, mengembalikan kelangsingan dan membantu mendapatkan bentuk tubuh ideal atau boleh gunakan Super Restorative yang membantu menegangkan kulit pada sekitar abdomen dan pinggang sebelum aplikasi Body Fit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 11:06 AM