GIROUD (kanan) jaring gol kedua Arsenal.
GIROUD (kanan) jaring gol kedua Arsenal.
AFP

London: Theo Walcott menjaringkan gol pembukaan menakjubkan ketika Arsenal mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar nombor satu terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris Leicester City apabila mengatasi Manchester City 2-1, awal pagi semalam.

Walcott melencongkan satu gol menarik pada minit ke-33 sebelum Mesut Ozil mengumpan kepada Olivier Giroud untuk menjaringkan gol ke-12 dalam 14 perlawanan pada masa kecederaan babak pertama, ketika gol hebat jaringan Yaya Toure buat City hadir terlalu lewat.

Kemenangan membolehkan anak buah Arsene Wenger merapatkan kedudukan kepada dua mata berbanding Leicester, meninggalkan City empat mata di belakang di tangga ketiga selepas kekalahan ketiga dalam lima perlawanan liga dan kelima bagi keseluruhan kempen.

“Pasukan ini amat mengagumkan,” ujar Wenger, pasukannya berkunjung ke Southampton pada Hari Boxing.

“Setiap kemenangan mengukuhkan keyakinan anda apatah lagi dalam perlawanan besar sebegini. Kami memiliki sesuatu yang amat istimewa di luar sana.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 7:16 AM