Oleh Siti Nadzirah Che Mud


Kota Bharu: Pengayuh solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 70, memulakan kayuhan pusingan kedua sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 di Pejabat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan, di sini, 9 pagi tadi.

Wan Hashim akan berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand sejauh 2,500 kilometer.

Majlis pelepasan hari ini disempurnakan Majistret Mahkamah Kota Bharu, Nik Habri Muhamad yang mewakili penganjur, Portobello Cycling Team.

Bapa enam anak itu menamatkan kayuhan pusingan pertama di TIC, Sabtu lalu selepas memulakannya pada 26 November.

Februari tahun lalu, dia juga pernah mencipta rekod dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai pengayuh warga emas pertama mengelilingi Semenanjung Malaysia secara solo sejauh 2,200 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 3:55 PM
WAN Hashim mulakan kayuhan dari Pusat Informasi Perlancongan negeri (ITC). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
WAN Hashim mulakan kayuhan dari Pusat Informasi Perlancongan negeri (ITC). FOTO Nik Abdullah Nik Omar