SEBAHAGIAN ahli jawatankuasa penganjur mempamerkan piala pusingan.
SEBAHAGIAN ahli jawatankuasa penganjur mempamerkan piala pusingan.
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Balik Pulau: Sebanyak 200 pasukan dijangka bersaing pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Antarabangsa bagi merebut Piala Pusingan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Februari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mohd Khairil Ismail berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat pemain muda untuk diketengahkan terutama dari kawasan penempatan Sungai Batu.

“Kita melihat sukan sepak takraw sebelum ini berjaya menghimpun serta merapatkan hubungan komuniti setempat dan berpuas hati dengan kesungguhan pemain muda yang dilihat meningkat berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, berikutan sambutan menggalakkan daripada pasukan yang mengambil bahagian, pihak penganjur meneruskan usaha menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan.

Katanya, juara bakal membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1,000 bersama hadiah iringan, manakala naib juara akan menerima wang tunai RM750 serta hadiah iringan. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM500 dan RM350 bersama piala iringan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Khairil di talian 017-4364754 atau Subli Yeop, 012-5526079.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 9:05 AM