V Shem, Wee Kiong pamer taring di GP Mexico.
V Shem, Wee Kiong pamer taring di GP Mexico.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Juara Grand Prix (GP) Amerika Syarikat Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula dengan langkah kanan di GP Mexico apabila memenangi perlawanan pusingan kedua, menumpaskan Mathew Fogarty-Bjorn Seguin semalam.

Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 27 minit untuk mencatat kemenangan straight set, 21-15, 21-11 ke atas pasangan dari Amerika Syarikat itu dan bakal berdepan beregu Jerman Michael Fuchs-Johannes Schoetter di suku akhir hari ini.

Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata beliau yakin anak buahnya akan pergi jauh di Mexico.

“Apa yang saya lihat V Shem-Wee Kiong sekarang ini berada pada prestasi terbaik tapi kita tidak boleh meraikan kejayaan ini terlalu awal,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, V Shem-Wee Kiong harus melakukannya (muncul juara) sekali lagi di Mexico untuk berada pada kedudukan terbaik ketika peluang masih ada empat bulan lagi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 6:05 AM