MASIH boleh dimakan.
MASIH boleh dimakan.

Los Angeles: Kek perkahwinan mendiang Puteri Diana yang dibuat 34 tahun lalu akan dilelong dengan harga £2,600 (RM16,800) sepotong.

Meskipun terlalu lama, kek buah itu masih boleh dimakan kerana kandungan alkoholnya yang tinggi.

Kek itu dibalut khas dan dimasukkan ke dalam kotak sejak perkahwinan Diana dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981.

Kek yang dijual itu juga diiringi dengan nota ucap selamat daripada pasangan berkenaan.

Jurucakap syarikat lelong Nate D Sanders, Sam Heller berkata: “Perkahwinan
Diana dan Chales menarik tumpuan seluruh dunia.

“Malah, hingga ke hari ini, mendiang puteri itu masih menjadi tarikan.

“Saya pasti ramai yang bersedia untuk memiliki sekeping bahan sejarah daripada perkahwinan paling terkenal abad ke-20.”

Lelongan diadakan di Los Angeles hari ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 6:08 AM