FOTO Hairulazim Mahmud
FOTO Hairulazim Mahmud
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Mesin Juruwang Maya (VTM) pertama di Malaysia yang diperkenalkan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Perkhidmatan perbankan melalui sidang video terbaharu itu adalah revolusi terkini bank berkenaan.

Ia adalah perkhidmatan berasaskan teknologi video secara langsung untuk menghubungkanpelanggan dengan rangkaian cawangan BSN di seluruh negara.

Melalui VTM, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan perbankan melalui sidang video yang dikendalikan oleh mana-mana lebih dari 450 juruwang BSN yang dihubungkan oleh sistem itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2015 @ 12:54 PM