Bekas pemain Argentina Javier Zanetti menunjukkan cabutan  kertas FC Barcelona pada undian Liga Juara Juara di Nyon sebentar tadi. Foto EPA
Bekas pemain Argentina Javier Zanetti menunjukkan cabutan kertas FC Barcelona pada undian Liga Juara Juara di Nyon sebentar tadi. Foto EPA

Nyon: Juara bertahan Barcelona akan berdepan Arsenal pada saingan kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara Juara dalam undian dilakukan sebentar tadi.

Kali terakhir dua pasukan itu bertemu adalah pada final 10 tahun lalu.

Chelsea akan menentang Paris St Germain dan juara Perancis itu menyingkirkan skuad Jose Mourinho di peringkat sama musim lalu.

Satu lagi pertarungan besar membabitkan bekas juara Juventus bertemu gergasi Jerman, Bayern Munich sementara pemenang 10 kali Real Madrid diundi bertemu AS Roma.

PSV Eindhoven akan melayan Atletico Madrid, Dynamo Kiev menentang Manchester City sementara Benfica menanti tentangan Zenit St Petersburg.

Gent yang beraksi pada penampilan pertama dalam saingan itu akan melawan kelab Jerman, Wolfsburg. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 8:00 PM