Lima lot kedai berhampiran Bloc C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu muda terbakar tengah hari tadi. FOTO Ihsan bomba
Lima lot kedai berhampiran Bloc C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu muda terbakar tengah hari tadi. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lima lot kedai berhampiran Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu muda di sini, terbakar tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 1 tengah hari, seterusnya sepasukan anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Muhammae Faizon Ismail berkata, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan digerakkan ke lokasi kejadian dibantu BBP Jinjang dan BBP Sentul dengan kekuatan 21 anggota.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan lima lot kedai.

"(Lot kedai) unit 32 terbakar 10 peratus, (lot kedai) unit 33 dan 34 terbakar 80 peratus, manakala (lot kedai) unit 35 dan 36 terbakar 20 peratus, namun kemalangan jiwa dilaporkan.

"Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di gerai berhampiran.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2023 @ 5:23 PM