Skrin yang luas pada HUAWEI MatePad 10.4 memberi kepuasan kepada pengguna. - FOTO HUAWEI
Skrin yang luas pada HUAWEI MatePad 10.4 memberi kepuasan kepada pengguna. - FOTO HUAWEI
Muhamad Shaifullah Tayep

STORAN menjadi ciri utama dalam memilih tablet atau peranti mudah alih.

Namun, kebanyakan jenama tablet dengan storan besar dijual pada harga tinggi menjadikan rakyat Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan.

Berita baik untuk anda, HUAWEI sedang mengadakan jualan untuk tablet dengan storan paling besar iaitu HUAWEI MatePad 10.4 pada harga serendah RM1,499.

Hadir dengan ciri dipertingkatkan, HUAWEI MatePad 10.4 pastinya memenuhi keperluan gaya hidup harian anda.

Storan 128GB

HUAWEI MatePad 10.4 didatangkan dengan storan paling besar iaitu 128GB bagi membolehkan anda menyimpan pelbagai saat indah dan memuat turun semua aplikasi kegemaran.

Ia juga menyokong storan luaran 512GB, justeru anda tidak perlu lagi memadam gambar, video atau fail secara kerap untuk memberi ruang kepada fail baharu.

Sambungan pantas dan stabil

HUAWEI MatePad 10.4 sesuai untuk anak muda yang kerap menstrim kandungan seperti lagu, podcast, video, filem dan menonton rancangan bersiri secara dalam talian.

Oleh itu, sambungan internet pantas dan stabil diperlukan bagi mengelakkan gangguan ketika menikmatinya.

HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi Wi-Fi 6 yang akan memastikan sambungan pantas dan stabil untuk kegunaan harian tanpa gangguan terutamanya apabila disambungkan dengan penghala Wi-Fi 6 AX3 Dual Core terbaharu.

HUAWEI Wi-Fi 6 AX3 Dual Core akan datang ke Malaysia tidak lama lagi dengan harga hanya RM199.

Bateri berkapasiti besar

Image

Pernahkah peranti anda kehabisan bateri hanya selepas beberapa jam penggunaan?

HUAWEI memahami bateri dan storan adalah penting dalam sesebuah peranti.

Disebabkan itu, HUAWEI didatangkan dengan bateri berkapasiti besar 7250mAh menawarkan penggunaan sehingga 12.5 jam tontonan video dan 65 jam mainan muzik.

Pengecasan bateri sehingga 30 peratus juga hanya mengambil masa 30 minit menggunakan pengecas USB-C.

Skrin luas

Image

Tiada siapa gemar menonton dan menikmati hiburan dengan paparan skrin yang kecil.

HUAWEI MatePad 10.4 menampilkan paparan 10.4 inci 2K FullView Display dengan 84 peratus nisbah paparan yang memberi jaminan kepuasan.

Dengan paparan skrin yang luas, anda pasti puas menonton rancangan bersiri kegemaran dalam aplikasi HUAWEI Video yang juga sarat dengan drama serta filem daripada Mango TV, Stingray, Qello Concerts dan The Explorers.

Fakta juga ada membuktikan bahawa menatap skrin dalam tempoh lama boleh mendatangkan kesan buruk pada mata.

Namun, HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi skrin diperakui TÜV Rheinland yang memberikan keselesaan pada mata sambil mengurangkan cahaya biru berbahaya secara berkesan.

Selain itu, HUAWEI MatePad 10.4 turut hadir dengan mod eBook yang menawarkan keselesaan dan perlindungan mata bagi menjadikan sesi membaca lebih menyeronokkan.

Dekat dengan yang tersayang

Ibu bapa sering menelefon kita untuk mengajar mereka memuat turun aplikasi, namun arahan lisan tidak semudah yang disangka kerana mereka tidak dapat membayangkannya.

Dengan HUAWEI MeeTime pada HUAWEI MatePad 10.4, anda dapat berhubung dengan ibu bapa melalui panggilan video berkualiti tinggi sekaligus boleh mengajar mereka cara untuk memuat turun aplikasi menerusi perkongsian paparan.

Kadangkala kita terlepas panggilan atau mesej dari pasangan atau ibu bapa ketika khusyuk menonton siri drama kegemaran.

Kini tidak lagi dengan HUAWEI Share yang hadir dengan gabungan pelbagai skrin membolehkan anda memaparkan skrin telefon pintar HUAWEI ke tablet supaya anda boleh membalas mesej dan menjawab panggilan melalui Floating Window.

HUAWEI Share juga memudahkan anda untuk memindahkan dan berkongsi fail antara peranti.

Image

Layari HUAWEI Online Store atau Sen Heng untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri hebat pada HUAWEI MatePad 10.4.

Anda juga boleh mengunjungi HUAWEI Store terdekat untuk merasai pengalaman menggunakan HUAWEI MatePad 10.4 yang sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 1:32 PM