ALLAHYARHAM Nor Zamri Latiff.
ALLAHYARHAM Nor Zamri Latiff.
Audrey Dermawan


Georgetown: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini.

Berita pemergian Nor Zamri disahkan oleh Setiausaha Pas Negeri, Iszuree Ibrahim.

"Ya, YB Sungai Bakap menghembuskan nafas terakhir di HSJ pada 1.38 tengah hari," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Nor Zamri dikatakan mengalami sakit perut dan pergi ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan sebelum beliau dipindahkan ke HSJ.

Beliau kemudian ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal dipilih sebagai Adun selepas menang dengan majoriti 1,563 menentang calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 2:56 PM