SUSPEK ketika tiba di mahkamah jam 8.05 pagi. FOTO Wan Nabil Nasir
SUSPEK ketika tiba di mahkamah jam 8.05 pagi. FOTO Wan Nabil Nasir
Aizat Sharif


Kangar: Anak kepada Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, tiba di Mahkamah Sesyen Kangar di sini, hari ini untuk menghadapi pertuduhan melakukan tuntutan palsu membabitkan RM600,000.

Suspek yang berbaju kemeja ungu yang juga menantu kepada Presiden Pas dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu tiba pada 8.05 pagi, dengan diiringi peguam, Mohd Fadhly Yaacob.

Dia dilihat tenang ketika masuk ke kamar mahkamah untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.

Pada 24 April lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk anak Mohd Shukri bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Kesemua suspek yang berusia antara 27 hingga 37 tahun itu disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan sebaik tamat tempoh reman selama tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 9:03 AM