Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Lumut: Acara terbuka lain sempena Hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 seperti Hari Terbuka ARMADA TLDM yang dijadualkan 3 hingga 5 Mei ini turut dibatalkan susulan nahas dua helikopter, di sini, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata majlis tahlil bagi memperingati 10 mangsa yang terkorban akan berlangsung Jumaat ini dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

"Semua acara dibatalkan, kecuali majlis doa selamat dan tahlil itu yang akan diadakan Jumaat ini atas perkenan Sultan Selangor," katanya dalam sidang media ketika meninjau lokasi nahas di Stadium TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Menurutnya lagi, helikopter HOM M5033 yang terbabit nahas itu diterima oleh TLDM pada 2021 manakala helikopter Fennec M5026 yang turut terbabit diguna pakai TLDM bermula 2003.

Sementara itu ketika ditanya pemberita sama ada formasi yang sedang cuba dilakukan oleh dua helikopter yang terbabit nahas itu diikuti, Mohamed Khalid berkata, jawapan mengenainya hanya akan diperoleh sesudah siasatan selesai dijalankan.

"Perkara seumpama ini biarlah benar-benar dilakukan siasatan terlebih dahulu, kalau kita main andaian maka nanti banyak pihak lain pun buat andaian," katanya.

Beliau berkata lagi, pihak kementerian serta ATM dan TLDM bukan sahaja bantu menguruskan jenazah mangsa tetapi juga akan melihat kepada segala bantuan yang wajar diterima balu dan keluarga mangsa.

PANGKALAN TLDM Lumut, semalam. FOTO L Manimaran
PANGKALAN TLDM Lumut, semalam. FOTO L Manimaran

Katanya, ia termasuk bantuan penerbangan untuk membawa pulang jenazah mangsa yang bertugas di Pangkalan TLDM di Kota Kinabalu, Sabah memandangkan pihaknya difahamkan jenazah akan dikebumikan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh waris dan keluarga masing-masing di kampung halaman.

"Kita juga membantu untuk membawa pulang sebab salah satu helikopter iaitu jenis HOM datang dari Kota Kinabalu dan helikopter berkenaan sememangnya diterbangkan ke Lumut bagi tujuan sempena upacara sambutan Hari Ulangtahun TLDM ke-90.

"Tujuh helikopter terbabit dalam upacara latihan raptai sempena sambutan itu yang pada hari ini memasuki hari keempat latihan. Saya juga dimaklumkan bahawa helikopter Fennec sudah memasuki kali ketiga raptai, manakala helikopter Hom baru kali pertama sertai raptai," katanya.

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 7:17 PM