Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup bergambar bersama penerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) PNK Kota Kinabalu bertempat di Dewan Sa'adah Wisma MUIS.  FOTO Ihsan KPKM
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup bergambar bersama penerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) PNK Kota Kinabalu bertempat di Dewan Sa'adah Wisma MUIS. FOTO Ihsan KPKM
BERNAMA

Penghormatan terakhir mendiang Joseph Kurup diadakan empat hari hingga Isnin

Kota Kinabalu: Upacara penghormatan terakhir Tan Sri Joseph Kurup yang meninggal dunia Rabu lepas, akan diadakan selama empat hari bermula hari ini, sebelum majlis pengebumian pada Selasa (23 April).

Dalam satu kenyataan, Pejabat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga anak mendiang memaklumkan jasad mendiang kini ditempatkan di Aras 2, Wisma Fook Lu Siew di sini untuk upacara penghormatan terakhir itu.

"Ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan dialu-alukan ke upacara penghormatan terakhir bermula 9.00 pagi sehingga 8.00 malam," menurut kenyataan itu.

Joseph, 79, yang merupakan pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 17 April lepas dan jasad mendiang yang diterbangkan dengan pesawat komersial tiba di sini, pada 11.20 malam tadi.

Mendiang adalah bekas Ahli Parlimen Pensiangan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional).

Joseph bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994 dan anaknya Arthur yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden pada Januari tahun lepas.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 12:35 PM