Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew, hari ini.
Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew, hari ini.
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mendiang Tan Sri Joseph Kurup bertempat di Wisma Fook Lu Siew, hari ini.

Anwar tiba sekitar jam 2:30 petang, di sini selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Beliau yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan rombongan disambut anak mendiang iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Media sebelum ini melaporkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mendiang yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 3:18 PM