MAYAT lelaki yang ditemui terapung dalam parit berair di hadapan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kedah. FOTO ihsan BOMBA
MAYAT lelaki yang ditemui terapung dalam parit berair di hadapan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kedah. FOTO ihsan BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam parit di hadapan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kedah, di sini, tadi.

Mayat mangsa ditemui lengkap memakai seluar panjang hitam dan kemeja T coklat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.51 pagi bagi membantu polis mengangkat mayat berkenaan.

Beliau berkata, operasi disertai seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Radzi Abdul Talib.

"Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dalam keadaan terapung dalam parit itu.

"Mayat mangsa kemudian diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 3:21 PM