MAYAT mangsa. FOTO Ihsan Bomba
MAYAT mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Kedah berhampiran Tanjung Chali, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, lelaki berusia 60-an itu ditemukan terapung oleh orang awam, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Khairi Che Lah tiba di lokasi sejurus menerima panggilan pada 8.13 pagi.

"Setibanya di lokasi, didapati terdapat mayat seorang lelaki dipercayai lemas di sungai berkenaan.

"Tindakan anggota menggunakan peralatan khas dan tali untuk menaikkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada 8.38 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai sembilan anggota BBP Jalan Raja, di samping anggota polis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 10:24 AM