LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sebanyak lapan laporan polis diterima berhubung dakwaan bentuk tulisan yang seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluaran sebuah syarikat tempatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua laporan itu dibuat di empat negeri hari ini.

"Dua laporan dibuat di Johor, dua di Pahang dan dua di Terengganu manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang serta Kedah.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Razarudin dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung logo kasut keluaran sebuah syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Ia susulan tular foto kasut yang memaparkan logo berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 9:14 PM