SUMBANGAN diagihkan di 20 masjid terpilih dalam program buat kali keempat.
SUMBANGAN diagihkan di 20 masjid terpilih dalam program buat kali keempat.
Suliati Asri


Agih 60,000 roti, susu di 20 masjid sempena Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia 2024

Pengeluar roti terkemuka negara, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menambahkan kemeriahan puasa tahun ini dengan menganjurkan Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia buat kali keempat.

Program itu merangkumi pelbagai aktiviti termasuk pemberian roti di 20 masjid terpilih, Peraduan Cahaya Ramadan dan tidak ketinggalan majlis berbuka puasa bersama persatuan ibu tunggal.

Bersempena dengan penganjuran kali keempat program sejak 2021, Gardenia menyumbang 30,000 buku roti kepada 20 masjid terpilih di Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

Dengan slogan 'Sinar Keberkatan Dalam Setiap Kebaikan', Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia ini adalah satu inisiatif yang diwujudkan untuk bersama-sama mengimarahkan masjid-masjid terpilih.

Selain itu, program ini menjadi platform kepada Gardenia untuk membantu rakyat Malaysia.

Pengurus Pemasaran Gardenia, Ena Suhaila Abas berkata, inisiatif ini tidak hanya berfungsi sebagai platform bagi Gardenia untuk menjalani ibadah Ramadan bersama pengguna Muslim, tetapi sebagai langkah mendekati komuniti serta memberi bantuan dan meringankan beban.

Katanya, Gardenia berharap dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat sambil menyebarkan kebaikan dan kegembiraan sepanjang bulan penuh berkat ini.

"Menariknya, tahun ini Gardenia akan mengedarkan bukan sahaja 30,000 unit roti putih Gardenia Original Classic atau Roti Bran & Germa Gandum Gardenia Breakthru secara percuma, malah 30,000 unit satu liter susu penuh krim UHT Magnolia diberi di masjid terpilih.

"Kolaborasi Gardenia dan Magnolia ini kali pertama dijalankan sebagai inisiatif membantu pengguna menyediakan juadah sahur dan berbuka, "katanya.

INISIATIF Gardenia membantu penyediaan juadah berbuka.
INISIATIF Gardenia membantu penyediaan juadah berbuka.

Ena Suhaila berkata, pihaknya menyediakan tiga resipi mudah dan menarik untuk semua yang harus dicuba.

"Melalui inisiatif ini, Gardenia berharap setiap usaha dijalankan dapat memberi kegembiraan buat semua," katanya.

Menambahkan lagi kemeriahan Ramadan, selain sumbangan produk, program itu menawarkan duit raya kepada seluruh warga Malaysia.

Pelanggan setia Gardenia berpeluang memenangi kredit Touch n Go sehingga RM2,500.

Untuk memenangi peraduan ini, cukup mudah. Langkah pertama melayari Facebook Gardenia KL.

Kemudian cari dan kira jumlah pek raya roti putih Gardenia Original Classic.

Beri jawapan yang tepat serta slogan menarik di ruangan komen pada mana-mana platform media sosial rasmi Gardenia.

Seterusnya, anda berpeluang memenangi duit raya mengikut terma dan syarat.

Tempoh peraduan bermula dari 16 Mac hingga 20 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 7:02 AM