LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat susulan kes kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah kem TLDM di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 4 petang tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sebelum ini SPRM menahan tiga individu atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang 'kartel perolehan' kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem TLDM membabitkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

"Pembayaran penuh dibuat namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Pada 18 Januari lalu, akhbar ini melaporkan tiga individu yang dipercayai terbabit sebagai orang tengah sindiket kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah kem TLDM ditahan SPRM.

Ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang.

3 buat tuntutan palsu bina kem TLDM RM9 juta direman 7 hari

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2024 @ 7:16 PM