Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2024, dan seterusnya menyampaikan Anugerah perkhidmatan cermerlang kepada penerima di BCCK, Kuching.FOTO NADIM BOKHARI
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2024, dan seterusnya menyampaikan Anugerah perkhidmatan cermerlang kepada penerima di BCCK, Kuching.FOTO NADIM BOKHARI
Mohd Roji Kawi

Kuching: Pegawai perubatan ditempatkan di kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini, sejak beliau dibawa keluar dari Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya, Sabtu lalu

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, doktor dan jururawat dari pusat perubatan berkenaan disediakan bagi merawat dan memantau keadaan tokoh berusia 87 tahun itu.

Abang Johari mengakui kesihatan bekas Ketua Menteri yang berkhidmat selama 33 tahun sejak 1981 hingga 2014 itu agak merosot, namun keadaannya baik.

"Ya beliau memang sakit, tetapi okay. Beliau kini sedang menerima rawatan di rumah dan kita menyediakan doktor serta jururawat untuk sentiasa memantaunya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dna Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah melihat keadaan Abdul Taib, Abang Johari berkata beliau belum melawatnya.

"Beliau masih dalam rawatan, jadi saya belum melawatnya.

"Tapi kita sentiasa menerima perkembangan daripada pegawai perubatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2024 @ 6:40 PM