LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis masih menyiasat motif bayi didera sehingga maut oleh ibu bapa saudaranya di di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek masih direman dan siasatan masih dijalankan.

"Hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baru," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bayi lelaki maut dipercayai didera suami isteri yang juga ibu bapa saudaranya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini.

Mangsa yang berusia 18 bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 12:35 PM