Kereta Perodua Viva yang dinaiki empat sekeluarga remuk selepas melanggar kedai makan di kaki Gunung Jerai. FOTO tular FB
Kereta Perodua Viva yang dinaiki empat sekeluarga remuk selepas melanggar kedai makan di kaki Gunung Jerai. FOTO tular FB
Zuliaty Zulkiffli


Guar Chempedak: Empat sekeluarga terselamat selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar bangunan kedai makan di kaki Gunung Jerai, di sini hari ini.

Kejadian kemalangan itu turut ditular di laman sosial Facebook (FB) hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan kejadian itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 2.15 petang tadi membabitkan kereta dinaiki mangsa yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuruni Gunung Jerai.

"Setibanya di lokasi kemalangan, pemandu kereta berusia 31 tahun cuba brek dengan memperlahankan kereta terbabit namun mendapati brek kosong serta panas.

"Ia menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaannya dan terbabas melanggar bangunan kedai makan di sebelah kiri jalan.

"Kesemua pemandu dan penumpang dari Alor Setar itu mengalami kecederaan yang mana pemandu serta salah seorang penumpang belakang dihantar ke Hospital Yan manakala penumpang hadapan dan seorang lagi penumpang belakang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 8:38 PM