Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Chow Kit di Lorong Haji Taib. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Chow Kit di Lorong Haji Taib. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Polis akan terus menggempur lokasi tumpuan warga asing berkumpul dan berniaga di sekitar ibu negara bagi membanteras lambakan pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada berleluasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi besar-besaran seperti yang dijalankan di Jalan Silang baru-baru ini akan diadakan dari semasa ke semasa.

"Senario warga asing memang kita tahu sama ada miliki dokumen atau tidak mereka ramai tetapi pada umumnya yang bekerja ini mempunyai dokumen sah.

"Kita tidak nafikan ada warga asing ini jadi susulan operasi yang dijalankan Bukit Aman di Jalan Silang baru-baru ini operasi susulan akan dilakukan," katanya pada sidang media Program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu di 'Mini Dhaka' di Jalan Salang di sini, 21 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 12:32 AM