Terbang lebih jauh, terokai lebih banyak destinasi dan alami keajaiban AirAsia pada tahun 2024. - Foto AirAsia
Terbang lebih jauh, terokai lebih banyak destinasi dan alami keajaiban AirAsia pada tahun 2024. - Foto AirAsia
Hanis Aliaa Hidzir

AirAsia memulakan tahun baharu 2024 dengan jualan besar yang menawarkan potongan 24 peratus untuk penerbangan ke lebih 130 destinasi di seluruh rangkaiannya.

Bermula daripada pantai indah di Langkawi, Kuala Terengganu dan Krabi hingga ke kesibukan kota Bangkok serta Jakarta, ini adalah peluang hebat untuk pengembara menerokai Asia pada harga yang luar biasa.

Sekiranya mahukan lebih banyak pengembaraan merentasi lautan, pengembara juga boleh mengunjungi Tiruchirappalli, Colombo, Kunming dan banyak lagi destinasi untuk pengalaman budaya dan membeli-belah yang tiada tandingan.

Selain itu, pengembara juga boleh melebarkan sayap lebih jauh dengan menuju ke destinasi popular AirAsia X seperti Almaty, Taipei, Melbourne, Shanghai dan New Delhi.

Tempah tiket penerbangan sehingga 14 Januari 2024 untuk penerbangan mulai 22 Januari hingga 30 November 2024 dan nikmati diskaun hebat ini melalui airasia Superapp atau laman sesawang rasmi AirAsia.

Laluan baharu ke Jaipur

Dalam pada itu, AirAsia Malaysia turut mengumumkan pelancaran laluan baharu menghubungkan Kuala Lumpur dan Jaipur mulai 21 April 2024.

Bagi meraikan laluan dinanti ramai ini, AirAsia menawarkan tambang promosi ke permata negeri Rajasthan itu bermula dari RM209* (sehala) dan dari INR7,999* (sehala) dari Jaipur ke Kuala Lumpur.

Tempah tiket penerbangan laluan ini dari 9 Januari hingga 23 Januari 2024 dan terbang antara 21 April 2024 dan 19 Mac 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata ia adalah tanda terima kasih mereka atas sokongan yang diterima syarikat penerbangan tambang rendah itu selama ini.

"Tahun ini menandakan tahun ke-23 AirAsia menghubungkan orang ramai ke destinasi menarik dan kami kekal komited menyediakan ketersambungan mampu milik.

"Dengan jualan ini, pengembara boleh merancang percutian mereka dan lawatan balik kampung lebih awal, pada kos yang berpatutan.

Bagi mengukuhkan lagi komitmennya menawarkan pengalaman penerbangan yang lebih baik untuk pelanggan, AirAsia turut menawarkan diskaun istimewa sebanyak 24 peratus untuk Insurans Kelewatan Penerbangan**.

Dikuasakan oleh Tune Protect Malaysia, diskaun ini terpakai sekiranya penerbangan tertunda dua jam dari waktu berlepas yang dijadualkan.

Tempah penerbangan anda hari ini dan bersedia untuk memulakan pengembaraan baharu di
tahun 2024 bersama AirAsia.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.airasia.com.

*Tambang semua-dalam promosi yang disebut adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Insurans Kelewatan Penerbangan mesti disertakan pada masa tempahan penerbangan awal semasa tempoh kempen. Sah untuk penerbangan dengan kod syarikat penerbangan AK, D7, Z2 & QZ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 5:05 PM