Tingkatkan produktiviti dengan menjimatkan masa, mengelakkan tekanan serta sebarang kemungkinan yang tidak dijangka dengan Galaxy AI menerusi siri Samsung Galaxy S24.
Tingkatkan produktiviti dengan menjimatkan masa, mengelakkan tekanan serta sebarang kemungkinan yang tidak dijangka dengan Galaxy AI menerusi siri Samsung Galaxy S24.
Hanis Aliaa Hidzir

Jenama terkemuka global, Samsung mencipta revolusi dalam pengalaman mudah alih apabila tampil dengan telefon pintar terbaharu, siri Samsung Galaxy S24.

Dikuasakan Galaxy AI, peranti pintar ini bukan saja dinaik taraf malah menjadi gerbang ke era baharu di mana tugasan harian pengguna menjadi mudah.

Dengan Galaxy AI, pengguna kini boleh melupakan pembantu yang terdahulu dan menikmati pengalaman komprehensif melalui telefon pintar yang berupaya menjangka keperluan, memahami konteks serta mengubah cara hidup individu.

Galaxy AI jadikan yang mustahil satu kemungkinan

Hadir sebagai rakan kongsi AI, siri Samsung Galaxy S24 akan memberikan pengguna peningkatan produktiviti dalam melaksanakan tugasan mereka.

Berikut ciri Galaxy AI yang pengguna boleh manfaatkan dari peranti pintar ini:

1. Call Assist

Ciri terjemahan bahasa secara langsung melalui panggilan ini membolehkan pengguna berkomunikasi merentas bahasa secara mudah tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.

2. Chat Assist

Pengguna boleh menterjemah sebarang mesej dalam masa nyata merentas pelbagai bahasa, menyesuaikan nada dan tatabahasa selain dapat membantu draf mesej atau emel.

3. Note Assist

Mengemaskan tulisan dengan penjajaran dan jarak tulisan tangan secara automatik. Galaxy AI juga boleh memformat nota, meringkaskan perkara utama, mengklasifikasikan nota serta menterjemahkannya kepada bahasa berbeza.

4. Photo Assist

Padam objek yang tidak diingini, laraskan sudut imej dan jana latar belakang yang digabungkan dengan sempurna secara automatik. Bagi video, kesan gerakan perlahan segera akan ditambah untuk tujuan pra tonton.

5. Circle To Search With Google

Sekiranya terlihat sesuatu yang menarik dalam talian, pengguna hanya perlu melukis bulatan di sekelilingnya dan AI akan mencarinya serta-merta.

Bukan hanya AI, ia adalah Galaxy AI

Bukan saja teknologi yang dinaik taraf, malah siri Samsung Galaxy S24 adalah revolusi gaya hidup yang diimpikan ramai.

Pengguna kini boleh meningkatkan produktiviti dengan menjimatkan masa, mengelakkan tekanan serta sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Pra tempah siri Samsung Galaxy S24 mulai 18 Januari hingga 6 Februari 2024 dan nikmati pelbagai tawaran eksklusif dari Samsung.

Ini termasuk naik taraf storan berganda bernilai RM500, e-baucar bernilai RM500, tukar beli sehingga RM650, diskaun pembelian dengan pembelian untuk peranti boleh pakai dan tablet sehingga RM800, serta potongan sehingga 45 peratus untuk Samsung Care+ dan aksesori.

Pra tempah di sini dan layari pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 9:18 AM