Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
BERNAMA

Georgtown: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara bermula 10 malam Jumaat ini hingga 3 pagi Sabtu ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) iaitu pemegang konsesi JSAHMS dalam kenyataan memaklumkan jambatan itu akan ditutup sempena acara berbasikal 'PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride'.

"Bagaimanapun JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut.

"JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai jalan alternatif serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 1:05 PM