KHAIRUL memberi makanan kepada lembu peliharaannya selepas kawasan berkenaan dinaiki air. FOTO Bernama
KHAIRUL memberi makanan kepada lembu peliharaannya selepas kawasan berkenaan dinaiki air. FOTO Bernama
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, meningkat pagi ini dengan 1,942 orang berbanding 1,235 orang pada 10 malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, 32 PPS aktif untuk menempatkan 535 keluarga di empat daerah iaitu Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

Besut masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 744 mangsa (182 keluarga) di 16 PPS, diikuti Dungun dengan 700 mangsa (195 keluarga) di lima PPS.

Selain itu, di Hulu Terengganu, lima PPS masih dibuka bagi membolehkan 316 mangsa daripada 106 keluarga berlindung dan jumlah mangsa di Setiu kekal 182 orang (52 keluarga) di enam PPS pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 9:09 AM