PASUKAN forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di  Apartmen Idaman, Damansara Damai untuk mencari bukti baharu di lokasi Zayn Rayyan ditemukan. FOTO Suhanna Iskandar.
PASUKAN forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di Apartmen Idaman, Damansara Damai untuk mencari bukti baharu di lokasi Zayn Rayyan ditemukan. FOTO Suhanna Iskandar.
Suharmin Yusuf dan Suhanna Iskandar


Petaling Jaya: Pencarian bukti-bukti baharu yang masuk hari kelapan masih giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati dua kenderaan pasukan forensik PDRM berada di lokasi sejak 9.45 pagi.

Sementara, sebuah kenderaan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tiba jam 11.24 pagi di sekitar kawasan perumahan Apartment Idaman.

Turut dilihat dua unit kenderaan peronda PDRM yang membuat rondaan di sekitar Blok R, kira-kira 11.30 pagi.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menemui sehelai stoking dalam kolam di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, belum dapat dipastikan sama ada stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak autisme itu.

Katanya, stoking berkenaan adalah antara barangan dan objek yang dihantar ke makmal untuk analisa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 12:13 PM