Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukan gambar kegiatan pusat panggilan judi dalam talian  yang berjaya diberkas dalam Ops Dadu ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak di Ipoh. FOTO L MANIMARAN
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukan gambar kegiatan pusat panggilan judi dalam talian yang berjaya diberkas dalam Ops Dadu ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak di Ipoh. FOTO L MANIMARAN
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Tujuh individu warga asing antara 10 ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Laluan Tasek Timur 22, Taman Bercham Makmur, di sini yang menjadi pusat panggilan bagi judi dalam talian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan dibuat pada 10.45 malam 11 November lalu terhadap empat warga tempatan termasuk seorang wanita; selain tiga lelaki warga Indonesia, seorang lelaki Myanmar, dan tiga wanita Indonesia

Menurutnya, serbuan menerusi Ops Dadu kendalian Bahagian D7, Jabatan Siaaahan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu turut merampas tiga komputer riba, dua 'router', dua buku kira-kira, 14 telefon bimbit dan tiga meja kayu.

Beliau berkata, kes diklasifikasi mengikut Seksyen 4(1)(c) dan 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Katanya, semua supek bersuia antara 20 hingga 45 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

"Selain menjadi lokasi perjudian dalam talian, rumah itu juga dijadikan sebagai pusat panggilan bagi mereka mempromosikan melalui internet bagi kegiatan judi terbabit.

"Bagi warga asing yang ditahan, mereka memasuki negara ini menggunakan pasport serta menggunakan pas lawatan sosial," katanya dalam sidang media sempena kejayaan Ops Dadu (Calling Centre) Kontinjen Perak di Bilik Media IPK Perak, di sini petang ini.

Sementara itu Mohd Yusri berkata, sepanjang tahun ini iaitu bermula Januari sehingga 29 November, Polis Perak mencatatkan sebanyak 1,731 serbuan menerusi operasi khas perjudian Kontinjen Perak dengan seramai 2,058 individu sudah ditangkap sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, dalam semua operasi perjudian itu sebanyak 1,266 alat peranti iaitu telefon bimbit, komputer, pencetak mudah alih, serta wang tunai RM295,854 dirampas, dengan sebanyak 1,731 kertas siasatan dibuka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 7:48 PM