Dr Zaliha (tengah) melancarkan MyAP-AMR 2022-2026 pada Majlis Sambutan 'World Antimicrobial Resistance Awareness Week (WAAW) 2023’ Peringkat Kebangsaan hari ini. FOTO BERNAMA
Dr Zaliha (tengah) melancarkan MyAP-AMR 2022-2026 pada Majlis Sambutan 'World Antimicrobial Resistance Awareness Week (WAAW) 2023’ Peringkat Kebangsaan hari ini. FOTO BERNAMA
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penyakit tibi sentiasa ada di negara ini namun ia bukanlah wabak dan keadaannya masih terkawal.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, taburan penyakit itu hanya berlaku di Lembah Klang dan Bahagian Kesihatan Awam KKM sedang meneliti isu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai tidak panik kerana penyakit tibi itu masih dalam kawalan.

Katanya, KKM turut menyarankan orang ramai yang mengalami batuk berpanjangan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

"Perkembangan penyakit tibi boleh dirujuk melalui aplikasi MySejahtera kerana KKM sudah merekodkan jumlah kes di kawasan masing-masing atau berdekatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (WAAW) Peringkat Kebangsaan 2023 dan Pelancaran Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAp-AMR 2022- 2026) di di sini, hari ini.

Dr Zaliha berkata, jumlah pesakit tibi akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan, orang ramai tidak perlu bimbang kerana penyakit itu boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2023 @ 1:00 PM