Iskandar Turkee (tengah) bergambar bersama calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Sumbang (kanan) dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Chieng Lea Phing ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak di Pusat Penamaan Calon, Dewan Suarah Bintulu baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Mohd Roji Kawi

Kuching: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti sama ada tindakan seorang calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mengagihkan beras kepada pengundi mempunyai unsur rasuah.

Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan berkata, pasukan petugas khas di Bintulu sudah diarah untuk meneliti perkara itu.

"Kami kena siasat dahulu. Saya akan kemukakan perkara ini (laporan akhbar mengenai pengagihan beras) kepada 'task force' di Bintulu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Memetik laporan dalam talian akhbar Utusan Borneo hari ini, Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing, 62, mengagihkan kira-kira 1,000 kampit beras kepada orang awam.

Chieng dilaporkan berkata,pengagihan beras itu antara strategi kempennya bagi menghadapi saingan tiga penjuru berdepan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain calon Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2023 @ 12:27 AM