PENGUNDI menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bintulu. FOTO Bernama
PENGUNDI menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bintulu. FOTO Bernama
BERNAMA

Bintulu: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang bermula pada 7.30 pagi, selesai selepas 11 daripada 14 pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang.

Terdahulu, tiga pusat pengundian bagi PRK itu ditutup pada 4 petang tadi.

Semua peti undi dari 14 pusat mengundi melibatkan 45 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah Bintulu di sini, sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada 9 malam ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 4 petang ialah 46 peratus.

PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 5:56 PM