GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pegawai sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada syarikat kontraktor.

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an terbabit ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya di sini, pada 2 petang tadi.

"Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.

"Perbuatan itu dilakukan antara 2017 hingga 2020 dan wang rasuah berkenaan dikesan dipindahkan ke akaun milik suspek," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangan suspek direkodkan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2023 @ 6:50 PM