LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Samadi Ahmad


Putrajaya: Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) menggesa siasatan telus diadakan terhadap kematian mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Mynmar, Muhammad Izzat Abdul Wahab ketika berada dalam tahanan imigresen di sana.

Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya akan bertemu dengan ahli keluarga Muhammad Izaat petang ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya serta akan mengadakan sidang akhbar.

Menurutnya, tabung kutipan akan dilancarkan bagi membantu menguruskan jenazah termasuk menghantar ahli keluarga arwah ke Mynmar.

"Setakat ini masih belum ada keputusan samaada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau dikebumikan di negara berkenaan dan ia bergantung kepada keputusan ahli keluarga.

"Ahli keluarga sudah diminta membuat laporan polis serta kepada Kedutaan Malaysia di Mynmar dan Kementerian Luar bagi menggesa siasatan telus dibuat bagi mendapatkan punca sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2023 @ 8:59 AM