KAMPUNG Teroi Bukit yang dinaiki air akibat hujan lebat,  hari ini. FOTO Ihsan bomba
KAMPUNG Teroi Bukit yang dinaiki air akibat hujan lebat, hari ini. FOTO Ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


Gurun: Hujan lebat lewat petang tadi menyebabkan lima rumah di Kampung Teroi Bukit, di sini terjejas akibat banjir kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat pada 9.45 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak yang diketuai Awa Suziana Abd Wahid tiba di lokasi bersama 10 anggota.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di situ, didapati kawasan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

"Sebanyak lima rumah yang dinaiki air namun tiada mangsa yang dipindahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fauzi berkata, penduduk terjejas tidak mahu berpindah disebabkan paras air semakin surut.

"Kawasan itu mengalami masalah liputan komunikasi.

"Operasi terkawal pada jam 11.26 malam ini dan tiada pusat pemindahan Sementara (PPS) dibuka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 12:37 AM