GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

"Adakah kita ingin melaksanakan GST? Tahun ini tentu tidak. Tahun depan belum ada pengumuman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2023 @ 6:32 PM