BANGUNAN tadika di  Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO: Ihsan JBPM.
BANGUNAN tadika di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO: Ihsan JBPM.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Bangunan tadika Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.18 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan pra-sekolah jenis struktur kekal satu tingkat.

"Kejadian itu memusnahkan sebahagian bangunan berkenaan dan tidak membabitkan sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan bahagian forensik kebakaran bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2023 @ 11:45 AM