LIMA rumah musnah dan dua lagi terjejas dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hulu, Kuching, awal pagi hari ini. FOTO ihsan bomba.
LIMA rumah musnah dan dua lagi terjejas dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hulu, Kuching, awal pagi hari ini. FOTO ihsan bomba.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Seramai 35 penduduk Kampung Bintawa Hulu, di sini, hilang tempat tinggal selepas lima kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, dua lagi rumah berdekatan turut terjejas apabila terbakar 15 peratus.

Beliau berkata, kebakaran pada 1.30 pagi itu turut memusnahkan tiga kereta dan tujuh motosikal milik penghuni lima rumah terbabit.

"Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.47 pagi dan tiga jentera dengan 34 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan dikejarkan ke lokasi.

"Semua penghuni sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 9:39 AM