JALALUDDIN pada sidang media selepas menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) di Masjid Al-Mahmuddiah, Matang Pasir, Alor Pongsu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
JALALUDDIN pada sidang media selepas menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) di Masjid Al-Mahmuddiah, Matang Pasir, Alor Pongsu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Rundingan pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar memasuki fasa akhir sebelum dilaksanakan.

Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata projek sepanjang 60 kilometer itu masih di peringkat perbincangan dengan pihak konsesi dan akan selesai selewat-lewatnya Disember ini.

Menurutnya kos berhubung pembinaan itu juga masih belum diketahui dan akan dimaklumkan kemudian.

"WISE menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer.

"Kosnya kita belum pasti kerana masih di peringkat perbincangan terakhir termasuk harga-harga yang akan ditentukan oleh kedua-dua pihak," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) di Masjid Al-Mahmuddiah, Matang Pasir, Alor Pongsu hari ini.

Sementara itu Jalaluddin menegaskan sebanyak RM5.2 bilion diperuntukkan bagi pembinaan keseluruhan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sejauh 233 kilometer (km) dari Rawang ke Changkat Jering.

Katanya setakat ini baki jajaran yang masih dalam pembinaan adalah membabitkan laluan Beruas ke Changkat Jering sejauh 35.5 km dan dijangka akan beroperasi pada Januari tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 2:32 PM