GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penguat kuasa yang disyaki meminta dan menerima rasuah RM10,000.

Ia sebagai sogokan tidak mengambil tindakan terhadap suspek atas kesalahan membawa dan memiliki ketum seberat 280 kilogram (kg).

Menurut sumber, suspek adalah lelaki berusia lingkungan 20-an, ditahan pada 11.30 malam tadi di pejabat SPRM di Kota Bharu ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang sogokan kira-kira RM10,000 secara tunai pada 7 Mei lalu di Jeli.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 9 September dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 3:19 PM