MAYAT Muhammad Aidil Zakuan ditemukan lemas oleh penduduk kampung di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor. FOTO ihsan pembaca
MAYAT Muhammad Aidil Zakuan ditemukan lemas oleh penduduk kampung di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor. FOTO ihsan pembaca
Siti Rohana Idris


Tumpat: Remaja lelaki ditemukan lemas dalam sebuah tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Mohd Anuar Yacob berkata, mangsa, Muhammad Aidil Zakuan Abdullah, 13, dipercayai mandi di tali air itu sebelum lemas.

"Kami menerima panggilan kecemasan jam 6.32 petang dan seramai tujuh pegawai serta anggota bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba, mangsa yang ditemukan oleh penduduk kampung sudah berada di tebing tali air dan mayatnya diserahkan kepada polis," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 9:34 PM