TUAN Ibrahim Tuan Man. FOTO Arkib NSTP
TUAN Ibrahim Tuan Man. FOTO Arkib NSTP
Ismail Muhamad dan Hazira Ahmad Zaidi


TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti 19,369 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diumumkan malam tadi.

Beliau yang menjadi calon buat pertama kali di kawasan Parlimen Kubang Kerian memperoleh 35,620 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani yang mendapat 16,251 undi dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof daripada PKR (11,557 undi).

Calon muka baharu PAS, Saiful Adli Abu Bakar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dengan majoriti 4,666 undi apabi!a memperoleh 11,206 undi menewaskan calon BN, Datuk Mohamad Noordin Awang yang mendapat 6,540 undi dan calon PKR, Husam Musa (3,617 undi).

Bagi DUN Demit, calon PAS, Mumtaz Md Nawi mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 9,068 undi apabila mendapat 13,621 undi menewaskan calon BN, Nurul Amal Mohd Fauzi (4,553 undi) dan calon PKR Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (3,601 undi).

DUN Pasir Tumboh menyaksikan calon PAS Abdul Rahman Yunus menang dengan majoriti 7,421 undi apabila memperoleh 12,470 undi menewaskan calon BN Bakri Yusoff (5,049 undi) dan calon PKR Mohd Noor Mat Yajid (2,759 undi).

Pengumuman rasmi keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Kubang Kerian, Ibrahim Bakri Mat Deris. jam 12.55 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 2:31 AM