JALAN Seremban-Kuala Pilah yang dipasang bendera parti bertanding PRN 2023. FOTO Azrul Edham.
JALAN Seremban-Kuala Pilah yang dipasang bendera parti bertanding PRN 2023. FOTO Azrul Edham.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis menerima 579 laporan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri untuk tempoh 27 Julai hingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, dalam tempoh itu, dua tangkapan dibuat.

Katanya, Selangor merekodkan penerimaan laporan polis tertinggi iaitu 194, diikuti Kedah sebanyak 193, Kelantan (92), Negeri Sembilan (48), Terengganu (44) dan Pulau Pinang (8).

"Sementara itu, sebanyak 1,052 permit ceramah dikeluarkan di semua enam negeri.

"Permohonan paling tinggi untuk permit ceramah adalah di Kedah dengan 260 permohonan, Terengganu 216 permohonan dan Selangor 205, malah ada satu ceramah tanpa permit dikesan di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, pihaknya membuka 39 kertas siasatan membabitkan 12 di Selangor, Kedah (8), Pulau Pinang (8), Kelantan (7), Negeri Sembilan (3) dan satu di Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 5:49 PM