HUSSEIN. FOTO Arkib NSTP
HUSSEIN. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis menerima 55 laporan dan satu kertas siasatan dibuka semalam membabitkan papan iklan calon Perikatan Nasional (PN) dirobohkan individu tidak dikenali.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, 54 laporan polis pula diklasifikasikan sebagai NOD iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan.

"Laporan polis ini dibuat oleh Pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan menerusi Ops Cantas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

"Sebanyak 286 kempen berpermit diadakan semalam dengan satu tanpa permit dan ceramah berpermit sebanyak 90," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, semua calon hendaklah memastikan pemasangan bendera parti, kain rentang dan poster tidak diletakkan di pagar premis kerajaan serta rumah ibadat.

"Selain itu turut dinasihatkan tidak meletakkan di lampu isyarat dan simpang jalan yang boleh menghalang pandangan pengguna jalan raya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 2:07 PM