Pendidikan kewangan untuk komuniti Bumiputera sangat penting terutamanya dalam memahami konsep literasi kewangan seperti pengagihan pendapatan, pengurusan hutang dan perlindungan aset. - FOTO Hiasan
Pendidikan kewangan untuk komuniti Bumiputera sangat penting terutamanya dalam memahami konsep literasi kewangan seperti pengagihan pendapatan, pengurusan hutang dan perlindungan aset. - FOTO Hiasan
Suliati Asri

KUALA LUMPUR: Perancangan kewangan yang baik adalah perkara penting untuk mengharungi keadaan ekonomi mencabar. Walaupun ia proses jangka masa panjang terutama untuk menguruskan status kewangan semasa, menentukan matlamat dan strategi, ia akhirnya memberikan kehidupan yang lebih selesa. 

Dengan rancangan kewangan yang kukuh juga, sesiapa sahaja boleh mencapai matlamat kewangan yang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing. Namun, untuk merancang kewangan secara konsisten bukan sesuatu yang mudah terutamanya jika individu itu tiada ilmu serta asas menguruskan kewangan dengan baik.

Bukan itu saja, terdapat juga cabaran dan kekangan kewangan yang khusus dihadapi oleh komuniti Bumiputera antaranya pemeliharaan kekayaan, pemindahan harta secara lintas generasi atau pertimbangan dalam memenuhi tanggungjawab budaya dan agama. 

Oleh yang demikian, pendidikan kewangan untuk komuniti Bumiputera sangat penting terutamanya dalam memahami konsep literasi kewangan seperti pengagihan pendapatan, pengurusan hutang dan perlindungan aset. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa tips ringkas dan strategi mengenai pengurusan kewangan yang boleh dijadikan panduan. 

Pertama adalah dengan mengenali pendapatan dan perbelanjaan diri; menetapkan matlamat kewangan dan memulakan tabungan seawal mungkin. Mempelajari mengenai pelaburan dan mencari cara untuk meningkatkan keupayaan melabur juga merupakan salah satu strategi yang baik. 

Bagaimanapun, perbincangan dengan penasihat kewangan atau lakukan penyelidikan sendiri mengenai instrumen pelaburan yang sesuai adalah salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan. Seterusnya, hindari berhutang secara berlebihan dan kendalikan penggunaan kad kredit. 

Menetapkan perspektif jangka panjang dengan memberi fokus pada tujuan kewangan dan sentiasa mengingatkan diri sendiri mengenai masa depan daripada memenuhi kepuasan segera, antara tips yang boleh dilakukan.

Akhir sekali, jangan takut mencari nasihat dan bimbingan. Sebaliknya, berkongsilah dengan penasihat kewangan yang berkelayakan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai pengurusan kewangan yang berjaya.

Jika panduan ini berjaya diaplikasikan secara konsisten, ia pasti akan memperlihatkan peningkatan dalam pengurusan kewangan, kemahiran merancang bajet yang bijak dan kemampuan memulakan tabungan serta pelaburan untuk masa depan yang lebih stabil dari sudut kewangan.

Ini kerana, sebagai syarikat pengurusan aset Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) mempunyai kemampuan dalam mendukung individu merencana dan membangunkan masa depan yang lestari. Kenanga Investors juga mengiktiraf kepentingan mematuhi prinsip dan matlamat ESG - Environment (alam sekitar), Social (sosial) dan Governance (urus tadbir).

Disamping itu, penasihat kewangan Kenanga Investors pula berperanan dalam membimbing individu dan masyarakat dalam merancang pengurusan kewangan mereka.

Justeru, mengambil langkah pertama dalam perjalanan kewangan mampu membantu untuk membentuk masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors boleh layari laman web www.kenangainvestors.com.my.

 

Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors. Tiada wakil atau jaminan dari Kenanga Investors, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 10:01 AM