LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.FOTO Faizul Azlan Razak
LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.FOTO Faizul Azlan Razak
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun dua bulan.

Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan itu di kawasan lapang di Jalan Kubang Parit di sini, jam 2 petang pada 2 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Fairuz Jusoh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 4:48 PM